Thursday, February 23, 2006

 

Budi Bahasa Orang Melayu

Budi Bahasa Orang Melayu.

Dalam percakapan harian kita, kita mungkin tidak terfikir dan secara spontan mengeluarkan kata-kata yang sudah sebati dan serasi dengan kehidupan harian kita. Perkataan yang kita ungakpan itu mungkin agak biasa kepada diri kita. Namun bagi satu kelompok yang lain. Ia mungkin akan memberikan kesan perasaan tertentu. Perkara ini amat berkait rapat dengan sensitiviti yang terdapat didalam diri kita. Dan sejuah mana kita dapat menilai dan memahami perasaan orang lain.

Punca utama masalah ini, adalah kegagalan untuk meletakkan perasaan diri sendiri pada tempat individu berkenaan. Hatta, walaupun kita dapat meletakkan perasaan orang lain pada diri kita dan cuba merasakan apakah kesan kepada seseorang itu apabila kita mengucapkan sesuatu. Kita mungkin masih gagal, untuk mengandaikan secara tepat. Apakah perasaan sebenar individu terbabit. Ini kerana perasaan itu amat subjektif. Tambahan pula penilaian diri kita amat berkait rapat dengan bagaimana kita dibesarkan persekitaran yang menglingkari kita. Mungkin kita tahan lasak dan dapat bertahan dengan bahasa dan sedikit cemuhan. Namun bagi individu lain, sukar untuk menerima walaupun diucapkan dalam bentuk yang tidak disengajakan.

Oleh itu, amat penting untuk mempunyai satu garis panduan berkaitan dengan budi dan bahasa orang Melayu. Kita sering bercakap tentang amalan berbudi bahasa, kempen budi bahasa dan sebagainya. Satu soalan menarik untuk ditanyakan disini. Adakah masyarakat kita tahu apakah kod etika dan amalan budi bahasa itu?. Memang setiap orang mempunyai persepsi dan pandangan yang agak berbeza tentang sesuatu isu. Namun ia masih lagi boleh disandarkan kepada garisan kasar dan persetujuan bersama yang dipanggil konvensi.

Soalan dan huraian yang berikutnya yang mesti dihuraikan apakah konvensi atau persetujuan bersama masyarakat itu?

This page is powered by Blogger. Isn't yours?